Sabtu, 31 Oktober 2009

Gambar Bangunan SMK Dato Permaisuri Tahun 1979

Pemandangan gambar sekolah yang diambil pada tahun 1979 yang mana sekolah ini baru sahaja siap dan digunakan untuk pembelajaran. Pada tahun ini sekolah dirasmikan oleh Dato Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri pada masa itu) dan ditukar nama SMK Dato Permaisuri mengambil nama sempena seorang tokoh wanita iaitu Dato Permaisuri. Pada tahun ini juga Kelas Tingkatan 4 telah diadakan dan telah mengambil pelajar2 dari sekolah lain.

Gambar Kantin Sekolah pemandangan dari asrama lelaki




Pemandang Dewan Besar dari arah jalan utama




Flet Guru dari pandangan jauh

CERITA ASAL USUL SMK DATO PERMAISURI MIRI

Nama asal SMK Dato Permaisuri dolok marek adalah Sekolah Menengah Kerajaan Bahasa Malaysia atau nama singkatnya ialah SMK Bahasa Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan masa ya gik minjam Sekolah Rendah Kerajaan South di Jalan Brighton. Pada masa ya hanya ada 3 buah Kelas Peralihan A, B & C. Masa ya hanya ada 6 orang cikgu jak iaitu Cikgu Annuar Khan (Guru Besar), Cikgu Shamsiah, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Saadon, Cikgu Yusup dan Cikgu Ramlie. Pelajar sik berapa banyak baru dalam 100 lebih macam ya. Maklum jak sekolah baru dibuka dan sekolah pertama di Miri dalam aliran Bahasa Malaysia. Masa ya pakaian boleh tahan juak dengan pelajar lelaki makei pakaian sekolah serba putih plus stokin palat putih dan perempuan biasalah dengan baju putih biru. Masa ya kita boleh megah juak dengan nama SMK Bahasa Malaysia sebab walau sekolah kecil tapi aktif dan guru berpengalaman. Kita boleh tabeklah dengan Cikgu Annuar Khan kerana banyak juak perubahan dan kemajuan pakei menaikkan nama sekolah.





Tahun : 1976

Berdiri : Ali, Simon Nawang & Hassan Salleh (Tingkatan 1)

Duduk : Abdul Latip Sapong. (Kelas Peralihan)












Bergambar di Kem Field Force (Kini PGA) sebelum ke sekolah (1976)




Tahun : 1976 (Piasau Garden Depan Rumah Hasbi)
Berdiri: Hasbi Zainuddin & Ramli
Tengah : Jeri Sahari
Duduk : Minan, Zainuddin (Udin) & Hassan Salleh.