Nama asal SMK Dato Permaisuri dolok marek adalah Sekolah Menengah Kerajaan Bahasa Malaysia atau nama singkatnya ialah SMK Bahasa Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan masa ya gik minjam Sekolah Rendah Kerajaan South di Jalan Brighton. Pada masa ya hanya ada 3 buah Kelas Peralihan A, B & C. Masa ya hanya ada 6 orang cikgu jak iaitu Cikgu Annuar Khan (Guru Besar), Cikgu Shamsiah, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Saadon, Cikgu Yusup dan Cikgu Ramlie. Pelajar sik berapa banyak baru dalam 100 lebih macam ya. Maklum jak sekolah baru dibuka dan sekolah pertama di Miri dalam aliran Bahasa Malaysia. Masa ya pakaian boleh tahan juak dengan pelajar lelaki makei pakaian sekolah serba putih plus stokin palat putih dan perempuan biasalah dengan baju putih biru. Masa ya kita boleh megah juak dengan nama SMK Bahasa Malaysia sebab walau sekolah kecil tapi aktif dan guru berpengalaman. Kita boleh tabeklah dengan Cikgu Annuar Khan kerana banyak juak perubahan dan kemajuan pakei menaikkan nama sekolah.
Tahun : 1976 Berdiri : Ali, Simon Nawang & Hassan Salleh (Tingkatan 1)Duduk : Abdul Latip Sapong. (Kelas Peralihan)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNNO-FHsUy_es4n-nqnXmkx46dhri35-tC02gBON8xHUN8DvvSA65WLYGSNDFrKgXSdRN3KCP4J1tNhIzzXufeTwQVE6eO1wWGmTSoCGdy5c6LjAr_2Q3IIzvUxdsnOjcMb8nqccpqR1Zu/s320/SMK+Bahasa+Malaysia_0002.jpg)
Bergambar di Kem Field Force (Kini PGA) sebelum ke sekolah (1976)
Tahun : 1976 (Piasau Garden Depan Rumah Hasbi)
Berdiri: Hasbi Zainuddin & Ramli
Tengah : Jeri Sahari
Duduk : Minan, Zainuddin (Udin) & Hassan Salleh.